CHA YA NUN TA ALIF JIM ALIF WAU YA DAL ALIF NUN ALIF RA BA ........................................( ^ _ ^ )

 



Apa Yang Profesor Korea Ini Nampak Dalam Jawi...



Profesor Korea ni benar-benar faham kenyataan bahawa, minimum 15,000 manuskrip asli bertulisan Jawi bertebaran di 151 perpustakaan, arkib dan muzium di sekitar 28 buah negara di seluruh dunia, menurut ATMA UKM. 95% belum dikaji dan tak tau apa isinya. Apa maksudnya?
Bahagian bawah iceberg manuskrip Melayu.
Imagine this. Deep web. 95% tak tau apa isinya dari berpuluh ribu manuskrip ori first hand quality.
Sebab itu tidak hairanlah, Daegu University di Korea Selatan telah mengorak langkah memulakan Pengajian Tulisan Jawi ... pada tahun lepas. Dan pada tahun ini Prof. Dr. Kang Kyoung Seok memasang impian untuk membangun dan mengeluarkan papan kekunci khas bertulisan jawi.
Apa yang profesor Korea ni dok buat tahun lepas saya ada buat liputan dan ulasan dan telahpun ada dalam buku Rentaka Sekalian Bijasura di mukasurat 306. Ingat, buku tu konsep dia hidup dan isu-isu di dalamnya akan berjalan dari zaman ke zaman. Ia 'evergreen' dan takkan mati. Tomorrow never dies.
Kenapa profesor ini sanggup buat 'Pusat Antarabangsa Jawiology' yang takde pun terhegeh-hegeh orang Melayu nak buat di sini? Buat kat negara K-Pop. Kenapa? Kenapa negara K-Pop terhegeh-hegeh nak buat pusat kajian jawi sedangkan kita di sini tak peduli pun jawi-jawi ni. Tak hipster.
Tapi bagi profesor ni, jawi ni teramat hipster! Beliau nampak ada nilai yang kebanyakan kita tak nampak. Korang tau apakah antara sifat-sifat manuskrip Melayu tulisan jawi ni yang buatkan orang luar berkeras untuk simpan dan kaji?
Salah satunya ialah sifat manuskrip Melayu ini yang menterjemah isi kandungan manuskrip-manuskrip dunia yang sudah PUPUS atau amat jarang ditemui. The lost ancient knowledge yang manusia moden hipster hari ni tak tahu menahu. Sifat manuskrip Melayu yang 'preserve' segala macam pengetahuan purba yang teramat penting ni. Dari bahasa, budaya, sains dan sebagainya. Ingat, 95% isi kandungan yang masih tidak diketahui apa isinya!
Sebab itu profesor Korea ni berhasrat mencipta mesin pengimbas yang boleh menterjemah tulisan jawi kepada pelbagai bahasa dan percaya teknologi itu dapat membantu peminat tulisan jawi sepertinya. Lebih cepat tau isi kandungan jawi tu lebih cepat ekstrak semua pengetahuan di dalamnya.
Dunia hari ini berasaskan pengetahuan dan maklumat. Imagine this... 10-30 peratus maklumat yang dikehendaki bagi menyambungkan 'missing link' dalam masalah-masalah rumit dalam pelbagai bidang dari sains, bahasa, budaya dan teknologi BERADA DALAM MANUSKRIP-MANUSKRIP MELAYU.
Jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Tunggu dan lihat saja apa profesor negara K-Pop ini nak buat. Kita boleh dok nganga saja atau telan air liur. Macam zaman British dulu.
~Srikandi

Rentaka Sekalian Bijasura











JOM KLIK : 


https://soscili.my/professor-korea-ni-memperkenalkan-pengajian-jawi-di-negaranya/


https://orangkata.my/budaya/dr-kang-kyoung-seok-orang-korea-yang-mahir-dalam-tulisan-jawi/


https://www.pendidik2u.my/cara-betul-install-jawi-di-komputer/?fbclid=IwAR2u24gIrsDpTRHTxxJJRSdrQIvshaUgiB6zHlNqxJWRDfr4Mb75FISgyc8





      .   اللهم اجعلنا منهم .....آمين






Comments

Popular posts from this blog